Memohon Dana & Sumbangan Bagi Menaiktaraf Prasarana, Pengubahsuaian Bangunan & Keperluan Sekolah
Institusi Pendidikan antara yang paling terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0. Warga SRITI Ad Dirasah turut menghadapi cabaran kewangan dalam
pengurusan gaji warga pendidik dan staff, serta utiliti.
Kami daripada SRITI Ad Dirasah, Taman Rasah Jaya, Seremban mempelawa para dermawan sekalian supaya dapat menyumbang dan menderma untuk Dana Operasi & Pengurusan sepanjang PKP 3.0 ini.
Kami doakan semoga urusan semua penyumbang sentiasa dipermudahkan Allah.
Hadis Riwayat Abu Hurairah dinyatakan bagi seorang Muslim yang mantap amalan sedekahnya akan mendapat sanjungan di bumi serta didoakan para malaikat.
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Terima kasih diucapkan kepada tuan puan semua yang menyumbang.